Wednesday, 17 July 2013

Ramadhan yang bermakna

Assalamualaikum.

Semalam 8 ramadhan, aku dan kengkawan kelas plan nak berbuka dekat Pengkalan Balak. Plan run smoothly, semua ok je. Sampai dalam 6 lebih so sempat lagi la nak posing posing tepi pantai tu. Nie hasil hampir lebih kurang setengah jam kat tepi pantai tu







Ada banyak lagi, tak mampu la nak upload semua kan.

The best part sepanjang kitorang dekat sana ialah masa nak solat maghrib dekat masjid berdekatan. Mula mula tu macam biasa je, datang masjid untuk solat la kan. Tapi masa dah nak masuk waktu berbuka tu ada sorang makcik datang and ajak kitorang dalam 9 orang berbuka sama sama dengan dia dekat bawah(dapur). Masa dah berbuka tu, kitorang bork borak la macam biasa. Part paling sedih bila makcik nie cakap dia tiap tiap hari berbuka sorang sorang kat dapur tu sepanjang sebulan, dia bilal perempuan masjid tu. Ibu tunggal dan ada anak, kalau tak silap anak dia still study lagi. Cuba bayangkan kalau mak kita yang lalui benda tu. Ya Allah sedihnya. 

Makcik tu sangat baik, kalau boleh semua benda yang terhidang tu dia nak kitorang bawak balik. Makcik yang nampak garang sebenarnya seorang yang sangat baik hati. Kalau nak berbuka hari hari kat masjid tu pun boleh katanya, tapi Lendu dengan masjid tu boleh tahan jauh. Semoga Allah balas segala kebaikan makcik tu pada kami.

Lepas berbuka ala kadar, kami naik untuk solat maghrib, solat berjemaah sekali dengan makcik tu. Usai solat, kami salam, pelum dan cium makcik tu. Makcik tu pesan jangan tinggal solat, belajar elok elok. Ya Allah terharunya. Makcik, kalau ada rezeki saya nak jumpa makcik lagi :(

Makcik yang pakai jubah hitam. Cawan hujung tu cawan air zam zam

Selama 20 tahun aku hidup atas bumi Allah nie, aku tak pernah rasa pengalaman yang macam nie. Pengalaman yang sangat bermakna bagi aku. Bila dengar makcik nie cerita je boleh buat kita terkesan sangat. Buat pertama kalinya, aku berbuka kat masjid, berbuka dengan segelas air zam zam dan 2 biji kurma dah boleh terasa kenyang. Walaupun ada makanan lain, 2 benda nie pun dah rasa cukup. Subhanallah

Makcik, terima kasih untuk semua. Terima kasih untuk layanan yang istimewa walaupun hanya kat dapur, ia sangat bermakna. Makcik, semoga panjang umur. Ada umur kita jumpa lagi.

Lepas solat maghrib, sesi makan dengan classmates.


Lepas makan, balik.

*Kita takkan pernah berhenti belajar, tak kira kat mana pun kita berada melainkan nyawa terpisah dari jasad.







No comments:

Post a Comment