Monday, 29 April 2013

Penantian berakhir

26 April 2013, akhirnya aku diterima bekerja setelah dua minggu menternak lemak kat rumah. Kerja yang biasa biasa, jaga kiosk. Okay la kan dari takde. Harini hari ke-4 aku kerja, semakin dapat menyesuaikan diri. Cehh macam tak pernah kerja kat area mydin je haha, padahal sebelum nie kerja kat area situ jugak tapi kerja dengan orang lain, lain lah ragamnya.

Bos aku yang sekarang nie agak strict, maklumlah company boleh tahan besar, kalau nak main fon pun kena sorok sorok, jaga kiosk je tapi ada punch card (jangan memain) haha. Baca novel tu pun macam tak boleh tapi bila bos balik je aku baca jugak hehe. Dah bosan apa lagi nak buat ye dakk. Aku jaga kiosk yang jual barang silver je pun, tiap tiap pagi bukak je kena lap setiap kotak cermin tu sampai kilat, ala ala macam jual emas hahaha. Kerja yang agak bosan sebenarnya tapi duit punya pasal aku kerja jugak laa. Nak beli fon baru oii, tak tertahan dah keinginan tu. 

Kerja 12 jam buat badan macam aku macam lempeng and takde life langsung. Dan sekarang aku penat, otak pun mintak rehat. Selamat malam korang, korang dan korang :p

No comments:

Post a Comment