Wednesday, 24 April 2013

Kerja

Sebenarnya aku tengah bengang sebab tak dapat kerja lagi. Harini punya la semangat bangun tidur sebab nak pegi mintak kerja dekat petronas yang dekat dengan rumah aku tu tapi bila dah pergi hampeh. Dengan langkah kanannya aku urun kerta siap baca bismillah lagi, pegi kaunter buat muka tak malu cakap nak mintak keje. Dia cakap kalau part time satu jam RM 3 je. Murah, tu yang bermain dalam kepala tapi aku cakap boleh je daripada dok rumah tak dapat apa. K dia suruh aku isi borang pulak, lepas isi aku kasi balik kat dia tapi makcik lagi sorang cakap terus interview jelah. Aku on je sebab nak kerja punya pasal. Diorang pun dok tanya abang yang nak interview tu(manager la kot) nak interview aku ke tak dan tiba tiba abang tu cakap kat aku kalau sebulan lebih taknak pakai la dik. K bengang dah nie, kan bagus dari mula mula tadi cakap taknak, tak payah la aku isi borang bagai. Lepas tutup pintu abang tu, diorang pun buat kerja masing masing, aku yang masih pegang borang dengan pen hak milik diorang tu diorang biar je. Aku tunggu la jugak sesaat dua kot kot dia nak cakap pape lagi tapi tak pun. Aku yang nak cakap terima kasih pun tak jadi and aku terus blah je.

Sedih sebab kena layan macam tu, kalau memang tak nak ambik cakap je awal awal. Haihh manusia manusia

No comments:

Post a Comment