Friday, 23 September 2011

deactivate FB. mungkin cara terbaik

amaran awal
*ini cerita merapu, luahan perasaan. jika tdk berminat tlong jgn baca. tq.

selamat malam para bloggers :)

ini entri yg kedua untuk harini. banyak sangat bende yg berlaku kat aku minggu nie, banyak jugak la benda yg nak tulis. semak pale otak aku nie hehh.

petang tadi. wayang 4.15, cerita RAYA TAK JADI. cerita best tapi aku yg tak best masa tu. tak rasa nak gelak sangat pun masa tu. otak celaru walaupun encik dora kat sebelah. aku tak tau la apa masalah aku minggu nie. 

-------------------------------

lepas beberapa jam dalam wayang,cerita pun habis. kitorang plan utk gi makan. perut pun dah berbunyi. kriukk kriukk. tak lah mcm tu sgt pun, hee 
kedai yg diidamkan belum bukak la pulak, akhirnya gi medan selera kat taman aku je, muka dia dah macam **** dah masa tu. sepanjang kat meja makan, suasana senyap macam malaikat lalu.
aku pun diam sebab dah tak tau nak cakap apa, nak elakkan dia marah, cukuplah kena tengking selama nie. tak sanggup lagi dah. 

lepas makan, dia anta aku balik rumah, lepak jap kat rumah aku (copy movie hantu bonceng).
lepas siap copy, dia nak balik. aku ikut sampai pintu pagar macam biasa. dia tak pandang aku pun, Tuhan je yang tau perassan aku masa tu,

setengah jam berlalu. fon aku tak berbunyi langsung, maknanya takde mesej masuk langsung la kan.
dia tak bagitau pun yg dia dah sampai rumah ke belum (tak mcm hari2 lain)
kenapa dengan dia harini ??

sampai sekarang, pukul 12.24 pg. takde satu pun mesej dari dia. aku keraskan hati taknak mesej dia, takut mengganggu. last2 aku deactive FB sebab dah rasa takde ape2 dah dgn fb tu, fb pun boleh jadi punca gaduh kan. so senang bila dah takde fb, lebih selamat.

*ni lah cerita yg membuatkan aku deactivate acc fb aku tuh. banyak merapu sebenarnya. terpulang kat korang nak kata apa, yg penting hati aku lega sikit sebab ada tempat nak luahkan.


2 comments: