Friday, 20 July 2012

Mengidammmmmm kuih sagu






Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua! Harini first ramadhan tapi aku dah mengidam nak makan kuih nie. *mengidam sebab dah lama tak makan. Nampak tak dah terover excited hihi. Kuih sagu namanya , tak tau la kalau ada nama lain. Kuih kuih macam nie senang nak jumpa bila bulan puasa je. Petang nie aku mesti cari ! Teheeee :')

Nie ada step nak buat kuih nie, kalau rajin boleh try. Aku sendiri tak try lagi hehe.

Bahan-bahan (4-5 orang)

1. 2 cawan sagu (rendam 10 minit dan tos kan)
2. 1 cawan gula
3. 3 cawan air
4. 1 cawan kelapa parut
5. Sedikit garam (untuk diletakkan bersama kelapa parut)

Aku ada jumpa 2 cara. Kukus dan tak kukus.

Kukus
1. Masak air drngan gula hingga mendidih dan tutup api.
2. Masukkan pewarna dengan sagu. Kacau sebentar.
3. Masukkan dalam acuan lompang dan kukus lebih kurang 10 minit.
4. Potong ikut bentuk yang korang suka. Salutkan dengan kelapa parut tadi. Siap !

Tak kukus
1. Didihkan air bersama gula 
2. Apabila mendidih masukkan sagu 
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih 
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan pewarna yg disukai, kacau sebati 
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn butter/minyak 
6. Setelah sejuk bolehlah dipotong2 dan digaulkan dgn kelapa parut 

*Kalau nak dapat kuih sagu yang cantik dan nampak lagi biji biji nya tu better kukus.
Memang hasil memuaskan dari masak atas dapur. (bukan aku yang cakap)

*Tujuan dimasukkan bancuhan tepung jagung supaya kuih sagu ini menjadi kenyal dan senang dipotong 
 (bukan aku yang cakap)


Senang je kann. So pilih la mana satu. Selamat mencuba !