Wednesday, 11 July 2012

Andai Lelaki Tahu






Andainya lelaki tahu.Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

Andainya lelaki tahu.Apabila seorang perempuan mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia tengah mencari kekuatan utk terus tabah menyintai lelaki itu .

Andainya lelaki tahu.Apabila seseorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasannya tapi percayalah itu bermakna dia sgt mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Andainya lelaki tahu.Apabila perempuan bercakap byk, dia tidak prnah bermaksud utk membuat anda rimas tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dgn lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tak mahu menerima anda seadanya tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tp utk masa depan anda.

Andainya lelaki tahu.Apabila prmpuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermkana dia tidak sayang , tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yg masih memerlukan sepenuh perhatian, kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yg diberi. Dia hanya mahukn yg terbaik utk anda.

Andainya lelaki tahu.Apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen tetapi cukup dgn perhatian yg boleh membuat perempuan rasa dihargai.

Andainya lelaki tahu.Apbila prmpuan jarang mengatakan “i love you”, itu tak bermksud dia tak menyintai kamu , tetapi dia mahu lelaki itu merasa sendiri cinta nya bukan hanya hadir dari kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya .

Andainya lelaki tahu.Apabila perempuan kata dia rindukan kamu, dia benar-benar maksudkannya , apabila berjauhan , bayangmu akan sentiasa bermain di mata.

Andainya lelaki tahu.Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik darr anda. Jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji anda. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yg terbaik dimatanya walaupun sememangnya kamulah yg terbaik dihatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yg lebih baik dimatanya , tetapi dihatinya kamu tetap terbaik.

Andainya lelaki tahu.Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud menjadi degil. Tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mmpu bersabar dgn kerenahnya. Percayalah hati perempuan sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dlm masa sesaat.

Andainya lelaki tahu.Apabila perempuan berkata “tolong tinggalkan saya !” dia tak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar. Apabila dia kmbali tenang , percayalah dia akan mncari anda semula. Itu tndanya dia benar benar mencintai anda. Perempuan sukar utk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional, tetapi dia lah yg paling menyayangi anda dan sangat sensitive dgn perubahan diri anda.




Sememangnya Allah menciptakn lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. 

Daisypath Friendship tickers